A. SEGI ROHANI & JIWA
Ketika anak masih dalam kandungan, sewaktu telah ditiup roh ( berumur 80 hari @ 2 bln 20 hari), hendaklah ibubapa melakukan sesuatu yang boleh mendidik rohani anak mereka di dalam kandungan. Diantara amalan baik yang perlu diamalkan ialah:
1) Membanyakkan bertaubat dan beristighfar
2) Berpuasa sunat bagi si bapa
3) Tidak bercakap yang sia-sia
4) Banyak membaca Al-Quran
i) Surah Al-Fatihah
- untuk terang hati
ii) Surah Maryam
- untuk memudahkan ibu bersalin
iii) Surah Luqman
- untuk memperoleh anak cerdik akal dan jiwa
iv) Surah Yusuf
- untuk memperoleh anak cantik rupa dan akhlak
v) Surah Hujurat
- untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati- hati
vi) Surah Yaasin
- untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan
syaitan
vii) Surah At Taubah
- untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
viii) Surah An Nahl
- untuk melahir anak yang berdisiplin
5) Banyak berdoa
i) Doa anak soleh
ii) Doa ketika menanti saat hampir bersalin
sampai sini dulu.... di lain hari,kita akan sambung bahagian B iaitu dari segi adab k...jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment