Amalan - amalan Semasa Mengandung
Kita akan sambungan bab ini dengan bahagian :
B. Segi Adab
Bagi ibu - ibu yang sedang mengandung, hendaklah menjaga pancaindera khusunya yang tujuh iaitu mata, telinga, lidah,perut kemaluan,kedua tangan dan kedua kaki daripada maksiat atau dosa - dosa zahir kerana ia mengotorkan hati.
Imam Al-Ghazali mengibaratkan anggota tujuh itu sebagai tujuh cabang anak sungai yang mengalir airnya ke sebuah kolam. Kolam itu adalah hati.Jika aliran air yang mengalir ke kolam itu air yang jernih dan bersih, maka akan jernih dan bersihlah takungan kolam itu. Jika yang mengakir itu air kotor, maka kolam itu akan menjadi kotor.
2) Menjaga batas-batas aurat dan pergaulan
Ibu yang keluar tanpa menutup aurat tidak menjaga pergaulan mereka,bergaul tanpa batas dengan lelaki yang bukan mahram, maka akan melahirkan anak-anak yang suka mendedahkan aurat dan bergul bebas.
3) Suami isteri saling menjaga adab
Ketika isteri mengandung, kedua suami isteri hendaklah menjaga adab pergaulan kerana sekiranya masing-masing menjaga adab , akan menjadikan perasaan kedua-dua tenang dan bahagia.Jika tidak menjaga adab akan timbul krisis yang boleh merosakkan perasaan,timbul perasaan benci membenci marah dan sebagainya. Semua perasaan itu akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan.
Adab - adab suami terhadap isteri ketika isteri mengandung:
merasa ada pembela
b)selalu memberi nasihat yang baik yang boleh menguatkan
semangat dan jiwanya
c)hendaklah berlaku jujur
d)jika ada tanda-tanda akan timbul,tenang dan selesaikan segera
e)jangan mentalak isteri ketika mengandung sebab islam
mengharam mentalak isteri ketika mengandung kerana boleh
mengganggu perasaan dan memberi kesan kepada anak dalam
kandungan
Adab - adab isteri terhadap suami, ketika ia mengandung:
b)Jika terasa hendak memarahi suami,tahan perasaan,tenang
dan sabar
c)tidak cerewet dan membuat banyak karenah terhadap suami
dan rumahtangga
d)jaga perasaan jangan sampai menyintai orang lain selain
suami kerana nanti melahirkan anak yang curang
e)jaga lidah,jangan mengumpat,mencaci suami atau
keluarga dna juga orang lain
f)jaga mata daripada melihat lelaki lain selain suami
g)tidak keluar rumah tanpa izin suami
h)menghargai nasihat dan pandangan serta ibu bapa mertua
No comments:
Post a Comment