Followers

Wednesday, August 1, 2012

cerita 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Harap semua sihat pada
bulan ramadan yg mulia ini. Semoga kita dapat menjalani ibadat
puasa dengan penuh keberkatan. Alhamdulillah di bulan ramadan
ini,dapat saya mencoretkan serba sedikit cerita sepanjang bercuti
dari menulis blog dlm tempoh yang panjang. Sudah lama rasanya
rindu nk menulis blog tetapi kesibukan bekerja membuatkan masa
terlalu singkat untuk menulis.
Syukur sepanjang tahun 2012, akhirnya terlaksana juga impian untuk
membuka sebuah perniagaan berasaskan keperluan bayi dan ibu
baik yang mengandung mahupun menyusu. Butik ini di daftarkan
dengan gabungan nama saya dan suami dengan nama
Aisya Humaira Enterprise yang mana nama ini akan digunakan
sekiranya kami dikurniakan anak perempuan
Alhamdulillah sambutan
menggalakkan tetapi tidak semuanya
indah apabila masuk campur orang luar yang saya sendiri
tidak jangkakan membuatkan perniagaan jatuh merundum.
Baik saya mahupun suami tidak cepat melatah. Kami terima
ujian ini dengan tabah dan sabar..
Allah Maha Pemurah lagi Pemberi Rezeki apabila saya
disahkan hamil. Hanya Allah yang tahu sesungguhnya saya
amat bersyukur dengan pemberian rezeki yang tidak disangka
sangka. Berlaku beberapa perkara tak diingini tetapi
saya tetap kuatkan semangat demi anak. Syukur alhamdulillsh
pada 17.7.2012 lahirlah putera yang kedua diberi nama Muhammad
Altamis Hadiff. Sekarang dalam tempoh berpantang
dan dapatlah beraya dengan baby baru. Sekian untuk kali ini.