Followers

Sunday, October 31, 2010

@@@TUMBUH GIGI@@@

Beberapa Gejala Tumbuh Gigi

  •            Gatal Pada gusi
                     Rasa gatal membuatkan anak2 suka menggigit benda yang dipegang. Berkan biskut atau teether untuk mengatasi rasa gatal  tersebut.
  •           Tidak Selesa
                    Keadaan gatal pada gusi membuatkan bayi anda tidak selesa mengakibatkan gusi kelihatan merah.Bayi yang tumbuh gigi hampir selalu menagis.
  •          Tiada Nafsu Makan
                   Perasaan tidak mahu makan kerana mulut sukar mengunyah makanan. Dia akan merasa sakit untuk mengunyah apa2 makanan.
  •        Demam
                 Kebiasaan demam tidak tinggi.Bawa jumpa doktor apabila demam agak tinggi.




nama2 pilihan(LELAKI)
ADWA'                    - CAHAYA
AMJAD                   - MULIA,SOLEH
AQLAN                  - KEBIJAKAN
AZAD                     - MERDEKA
AZFAR                   - YANG BERJAYA


nama2 pilihan(PEREMPUAN)
ADAWIYAH          - UBAT,PENAWAR
AINULHAYAT      - MATA KEHIDUPAN
ASIAH                   - PENAWAR HATI
AWADAH             - LEMBUT,BAIK
AZIZAH                - DIHORMATI,DIMULIA

:::PETUA:::

SANTAN KEKAL SEGAR
Sungguh bosan apabila setiap kali memerah santan kelapa pasti tidak tahan lama. Santah cepat rosak apabila tidak kena caranya. Tidak sukar untuk memastikan santan sentiasa segar. Apa yang boleh dilakukan  adalah memerah kelapa dengan air masak,tetapi elakkan terlalu cair.Setelah itu masuk ke dlm periuk dan campurkan garam kasar. Masak santan dengan api sederhana besar dan biarkan santah pecah minyak.Sejukkan santan dan disimpan di tempat yang tidak mudah terkena air.


ELAK LALAT
Pasti sj rasa kurang selesa bila makanan yang dihidangkan dihurung lalat.Apa yang boleh anda lakukan adalah meletakkan beberapa bekas kecil yang berisi bunga cengkih sekitar dapur dan meja makan. Bukan sj menghalau lalat, kawasan tersebut berbau harum.


HILANGKAN PAHIT PERIA
Tidak semua sukakan peria.Rasa pahit membuatkan org tidak gemarkan sayur ini.Untuk hilangkan rasa pahit , potong dan letakkan kedlm air yg dicampurkan garam halus. Rendam selama 30mnt sblm disejatkan.

~DIET~

OH, TIDAK! BAHAYALAH............

      Berdiet yang tidak kena pada gayanya akan memberi kesan yang negatif kepada tubuh. Pengambilan pil pelangsingan juga tidak digalakkan kerana bukan semua berkesan. Lebih banyak yang memudaratkan dari yang memberi kesan terbaik! Antara konsep diet yang tidak elok adalah:
  • Diet YO-YO
          Anda bersilih ganti antara tidak makan langsung dengan makan banyak. Memandangkan anda menahan diri untuk makan,maka apabila tubuh tidak boleh menerima tekanan lagi, anda akan makan sehingga berat anda naik 2x ganda yang anda tidak makan.
  • Diet Segera(   Crash Diet )
          Hampir semuanya anda tolak! Sehingga makanan yang menyumbang nutrien juga anda pandang sepi. Tak bolehlah begitu, anda akan mengahalang tubuh dari mendapat zat yang diperlukan.
  • Pil @ Minuman Pelangsing
          Kebanyakkan pil dan minuman pelangsing tidak diperlukan nutrien yang diperlukan tubuh.Mengamalkan semua pil @ minuman sebegini hanya akan meletihkan & membuat tubuh tidak bertenaga.
  • Penghalang Lemak 
          Pil2 dipercayai menghalang lemak daripada meresap ke dalam tubuh anda. Aduh, lebih baik anda kurangkan pengambilan makanan berlemak daripada mengambil pil ini.
  • Diet Kalori Rendah
         Remaja aktif memerlukan 2000 kalori setiap hari.Amalan diet kalori rendah hanya memberi 800 kilokalori kepada golongan ini.
  • Diet Kalori Sangat Rendah
          Diet jenis ini lebih bahaya. Jumlah kalori yang akan diberi pada tubuh akan turun sehingga 400 kilokalori shj. Dengan kadar kalori serendah ini, pandangan dari pakar diet amat diperlukan kerana ia sgt ekstrem!
  • Ubat Anti Obes
          Pil jenis ini memberi kesan kepada otak dan sistem penghadaman . Sudah tentu keadaan sgt bahaya! Tahukah anda, pil biasa akan dicadangkan oleh doktor kpd org2 yang benar2 mengalami kegemukan.