Followers

Sunday, October 31, 2010

~DIET~

OH, TIDAK! BAHAYALAH............

      Berdiet yang tidak kena pada gayanya akan memberi kesan yang negatif kepada tubuh. Pengambilan pil pelangsingan juga tidak digalakkan kerana bukan semua berkesan. Lebih banyak yang memudaratkan dari yang memberi kesan terbaik! Antara konsep diet yang tidak elok adalah:
  • Diet YO-YO
          Anda bersilih ganti antara tidak makan langsung dengan makan banyak. Memandangkan anda menahan diri untuk makan,maka apabila tubuh tidak boleh menerima tekanan lagi, anda akan makan sehingga berat anda naik 2x ganda yang anda tidak makan.
  • Diet Segera(   Crash Diet )
          Hampir semuanya anda tolak! Sehingga makanan yang menyumbang nutrien juga anda pandang sepi. Tak bolehlah begitu, anda akan mengahalang tubuh dari mendapat zat yang diperlukan.
  • Pil @ Minuman Pelangsing
          Kebanyakkan pil dan minuman pelangsing tidak diperlukan nutrien yang diperlukan tubuh.Mengamalkan semua pil @ minuman sebegini hanya akan meletihkan & membuat tubuh tidak bertenaga.
  • Penghalang Lemak 
          Pil2 dipercayai menghalang lemak daripada meresap ke dalam tubuh anda. Aduh, lebih baik anda kurangkan pengambilan makanan berlemak daripada mengambil pil ini.
  • Diet Kalori Rendah
         Remaja aktif memerlukan 2000 kalori setiap hari.Amalan diet kalori rendah hanya memberi 800 kilokalori kepada golongan ini.
  • Diet Kalori Sangat Rendah
          Diet jenis ini lebih bahaya. Jumlah kalori yang akan diberi pada tubuh akan turun sehingga 400 kilokalori shj. Dengan kadar kalori serendah ini, pandangan dari pakar diet amat diperlukan kerana ia sgt ekstrem!
  • Ubat Anti Obes
          Pil jenis ini memberi kesan kepada otak dan sistem penghadaman . Sudah tentu keadaan sgt bahaya! Tahukah anda, pil biasa akan dicadangkan oleh doktor kpd org2 yang benar2 mengalami kegemukan.

No comments:

Post a Comment