Followers

Monday, November 29, 2010

AMALAN DAN PETUA SEMASA DAN SELEPAS MENGANDUNG

Setiap wanita atau ibu yang mengandung hendaklah memikirkan masa depan anak yang bakal dilahirkan, apakah setiap inu inginkan anak yang baik @ jahat. Tetapi, berapakah orang yang sekadar menginginkan tetapi berusaha untuk membentuk sifat baik sejak dalam kandungan lagi?

A. SEGI ROHANI & JIWA

    Ketika anak masih dalam kandungan, sewaktu telah ditiup roh ( berumur 80 hari @ 2 bln 20 hari), hendaklah ibubapa melakukan sesuatu yang boleh mendidik rohani anak mereka di dalam kandungan. Diantara amalan baik yang perlu diamalkan ialah:


1) Membanyakkan bertaubat dan beristighfar
2) Berpuasa sunat bagi si bapa
3) Tidak bercakap yang sia-sia
4) Banyak membaca Al-Quran
    i)     Surah Al-Fatihah 
           - untuk terang hati
    ii)    Surah Maryam 
           - untuk memudahkan ibu bersalin
    iii)   Surah Luqman 
           - untuk memperoleh anak cerdik akal dan jiwa
    iv)   Surah Yusuf
           - untuk memperoleh anak cantik rupa dan akhlak
    v)    Surah Hujurat 
           - untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati- hati
    vi)   Surah Yaasin 
           - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan 
             syaitan
    vii)  Surah At Taubah 
           - untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
    viii) Surah An Nahl 
          - untuk melahir anak yang berdisiplin
5) Banyak berdoa
    i) Doa anak soleh
    ii) Doa ketika menanti saat hampir bersalin

sampai  sini dulu.... di lain hari,kita akan sambung bahagian B iaitu dari segi adab k...jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment