Followers

Friday, April 22, 2011

Jahat betullah si polan tu! argh...

Hari ini aku nak kongsi cerita kisah si polan ni seorang usahawan melayu...membuka sebuah perniagaan berasaskan perkhidmatan...orangnya kelihatan seperti seorang yang innocent tapi rupanya tidak.....jangan pandang luaran sebaliknya kenal hati budi dulu...memang tak sangka kerana hasad dengki dan tidak percaya pada rezeki yang Allah berikan,si polan tergamak menggunakan sihir ke atas pesaing yang sama bidang perniagaan..si mangsa kejahatannya tidak pernah memburukkan dan mengusik perniagaan si polan tapi disebabkan si polan tak puas hati kepada si mangsa yang mana perniagaan semakin baik, di sihirnya si mangsa...bukan setakat sekali tetapi dah masuk kali ketiga...Ya Allah,kenapakah ini berlaku...kenapa mesti bertemankan syaitan dan jin untuk menjatuhkan perniagaan orang lain...tidak sedarkah bahawa ini perbuatan syirik...kesannya terkena juga pada anak dan isterinya...kenapa mesti orang melayu menjatuhkan perniagaan orang lain melalui cara yang salah...? Tidak bolehkah kita bersaing cara yang sihat? seperti orang berbangsa cina dan india,mereka bersaing secara sihat. Sama-sama mencari rezeki yang sememangnya telah tertulis untuk setiap hambanya.Rezeki datangnya daripada Allah yang Maha Pemurah...Hanya Dialah yang memberi rezeki dengan syarat kita mestilah berusaha dan bekerja keras serta redha dengan pemberian-Nya..Ya Allah,permudahkanlah urusan kami dan jauhi kami dari perbuatan sihir...amin...

No comments:

Post a Comment