Followers

Thursday, January 27, 2011

CARA-CARA PEMOTONGAN KUKU YANG BETUL



Memotong kuku ada caranya.Kuku adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu dihormati.

Adab memotong kuku seperti ikut hari, aturan kuku yang dipotong dan buang kuku ke tanah kerana kita adalah dari unsur tanah.

Hari potong kuku:-

Hari Sabtu : Nescaya  keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat  : Nescaya keluar dosa-dosa seperti hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk 
                          kepadanya rahmat dari Allah Taala

Aturan potong kuku:-

Mulakan potong kuku dengan Bismillah dan Selawat Nabi.
Potong kuku  tangan bermula dari jari telunjuk sebelah kanan samapi habis tangan kanan
kemudian jari kelingking sebelah kiri
akhir sekali ibu jari tangan kanan

Untuk kaki pula,mulakan dengan jari kelingking kaki kanan samapai kelingking kaki kiri
Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

sumber:ILUVISLAM

No comments:

Post a Comment