Followers

Monday, January 3, 2011

AMALAN DAN PETUA SEMASA DAN SELEPAS MENGANDUNG





Amalan - amalan Semasa Mengandung 
Kita akan sambungan bab ini dengan bahagian :

B. Segi Adab

1) Menjaga pancaindera daripada dosa dan maksiat


Bagi ibu - ibu yang sedang mengandung, hendaklah menjaga pancaindera khusunya yang tujuh iaitu mata, telinga, lidah,perut kemaluan,kedua tangan dan kedua kaki daripada maksiat atau dosa - dosa zahir kerana ia mengotorkan hati.
  Imam Al-Ghazali mengibaratkan anggota tujuh itu sebagai tujuh cabang anak sungai yang mengalir airnya ke sebuah kolam. Kolam itu adalah hati.Jika aliran air yang mengalir ke kolam itu air yang jernih dan bersih, maka akan jernih dan bersihlah takungan kolam itu. Jika yang mengakir itu air kotor, maka kolam itu akan menjadi kotor.


2) Menjaga batas-batas aurat dan pergaulan


Ibu yang keluar tanpa menutup aurat tidak menjaga pergaulan mereka,bergaul tanpa batas dengan lelaki yang bukan mahram, maka akan melahirkan anak-anak yang suka mendedahkan aurat dan bergul bebas.


3) Suami isteri saling menjaga adab


Ketika isteri mengandung, kedua suami isteri hendaklah menjaga adab pergaulan kerana sekiranya masing-masing menjaga adab , akan menjadikan perasaan kedua-dua tenang dan bahagia.Jika tidak menjaga adab akan timbul krisis yang boleh merosakkan perasaan,timbul perasaan benci membenci marah dan sebagainya. Semua perasaan itu akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan.


Adab - adab suami terhadap isteri ketika isteri mengandung:

  a)lebihkan menunjukkan kasih sayang dan simpati sehingga ia 
     merasa ada pembela


  b)selalu memberi nasihat  yang baik yang boleh menguatkan 
     semangat dan jiwanya


  c)hendaklah berlaku jujur


  d)jika ada tanda-tanda akan timbul,tenang dan selesaikan segera


  e)jangan mentalak isteri ketika mengandung sebab islam 
     mengharam mentalak isteri ketika  mengandung kerana boleh 
     mengganggu perasaan dan memberi kesan kepada anak dalam 
     kandungan


Adab - adab isteri terhadap suami, ketika ia mengandung:

  a)mentaati,menghormati dan mengasih suami


  b)Jika terasa hendak memarahi suami,tahan perasaan,tenang 
    dan sabar


  c)tidak cerewet dan membuat banyak karenah terhadap suami  
    dan rumahtangga


  d)jaga perasaan jangan sampai menyintai orang lain selain 
     suami kerana nanti melahirkan anak yang curang


  e)jaga lidah,jangan mengumpat,mencaci suami atau 
    keluarga dna juga orang lain


  f)jaga mata daripada melihat lelaki lain selain suami


  g)tidak keluar rumah tanpa izin suami


  h)menghargai nasihat dan pandangan serta ibu bapa mertua
  

No comments:

Post a Comment