Followers

Friday, December 24, 2010

Masih suami isteri kah di alam akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

Mereka akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasulullah SAW bersabda' Tiada si bujang di dalam syurga'(muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yg meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga

Akan dikahwinkan oleh Allah dengan seorang lelaki yang masuk syurga.

4.Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suami masuk syurga

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suami masuk syurga

6. Wanita yang kematian suaminya dan berkahwin sesudahnya

Wanita ini akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suami di syurga sekiranya menjadi ahli syurga. Rasulullah SAW bersabda ' wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir'.

No comments:

Post a Comment