Followers

Friday, December 3, 2010

~MAAL HIJRAH 1432~




Hari Maal Hijrah Atau Awal Muharram



  • suatu hari yang penting bagi umat islam
  • menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah islam
  • memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi
  • berlaku pada 1 Muharram,hari pertama Takwim Hijrah

Definisi Hijrah
  • Perpindahan
  • Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.


Hijrah ke Habsyah

     Dua belas laki-laki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.


Hijrah ke Madinah

     biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari

Hari
Tarikh
Nota
Hari 1
Khamis
26 Safar SH 1
(9 September 622)
Meninggalkan rumah di Mekah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di dekat Mekkah.
Hari 5
Isnin
1 Rabiulawal SH 1
(13 September 622)
Meninggalkan lingkungan di Mekkah. Perjalanan ke daerah Yatsrib.
Hari 12
Isnin
8 Rabiulawal SH 1
(20 September 622)
Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.
Hari 16
Jumaat
12 Rabiulawal SH 1
(24 September 622)
Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat.
Hari 26
Monday
22 Rabiulawal SH 1
(4 October 622)
Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.


Takwim Hijrah

     Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.


Nama bulan Islam

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

1.     Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
            Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
2.     Safar (ﺻﻔﺮ)
            Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
3.     Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
                   Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
4.     Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
                   Bulan kedua musim bunga.
5.     Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
           Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
6.     Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
            Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
7.     Rejab (ﺭﺟﺐ)
             Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
8.     Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
            Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
9.     Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
      Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
10.  Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
             Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
11.  Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
           Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
12.  Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
             Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

No comments:

Post a Comment