Followers

Thursday, December 2, 2010

Luahan hati

BUANG BAYI...BUANG BAYI... 

     Isu pembuangan bayi merupakan salah satu isu semasa yang hangat diperkatakan. Kesian pada anak yang tidak berdosa..Mereka tidak tahu apa-apa...Tergamaknya mereka lakukan sedemikian...Tidak terfikirkah mereka akan sekelumit perasaan kasih sayang yang terbit dari hati seorang ibu yang melahirkan zuriat..Harian Metro 2 Disember masih menceritakan tentang pembuangan bayi...Pelajar IPTA pulak tu...Kita dididik sehingga masuk ke universiti tapi ini balasan pada orang tua kita...Sepatutnya kita membalas jasa orang tua kita dengan segulung ijazah dan mendapatkan pekerjaan untuk persediaan masa akan datang demi orang tua kita yang banyak berkorban ...kita juga berasal dari seorang bayi dan ditatang bagai minyak yang penuh...hairan...Apakah perasaan orang yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak dalam tempoh yang lama...?walhal aku mempunyai anak,setiap kali berita tentang pembuangan bayi,membunuh bayi membuatkan aku menitiskan air mata...Begitu perit rasanya...Geramnya....

No comments:

Post a Comment