Followers

Saturday, December 4, 2010

Panduan Parti Ulang Tahun

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit panduan dengan para ibubapa yang ingin menyambut ulang tahun sikecil ye...

Jimat Pada Tema
parti ulang tahun yang bertema memang seronok tetapi bagi kanak berumur setahun, mereka tidak memahami dan mengingati.Tidak perlu membazir duit untuk memilih parti mengikut karekter kartun kesukaan anak.Guna kreativiti untuk mencetuskan tema uang bersesuaian.

Tip bajet
tema "Dunia Permainan" mungkin sesuai dengan longgokan mainan yang sedia ada dirumah di satu sudut yang sesuai. Mereka pasti gembira dan leka bermain.

Jimat Pada Kad Jemputan
Gunakan kreativiti anda untuk membuat sendiri kad jemputan,ringkas dan boleh dihantar menggunakan internet..

Tip bajet
publish parti ulang tahun dalam laman sosial spt facebook,twitter dan pelbagai laman sosial lain..

Jimat untuk Permainan
Permainan yang disediakan mestilah menghiburkan dan berwarna warni.
*buih sabun
*tiup belon dan biarkan bertaburan
*susunan kreatif
*bertukar mainan

Jimat Pada Makanan
Ingat anak seusia setahun tidak makan banyak.Jangan membazir.Buat sendiri menu yang berkhasiat
seperti,sandwich,jeli,buah-buahan

Tip bajet
sediakan sendiri makanan lebih menjimatkan dan terjamin kebersihan

No comments:

Post a Comment